Thursday, April 30, 2009

PEMUDA PAS MAHU LETAK CALON DI PENANTI HANYALAH GIMIK?

Khabarnya tidak sampai tempoh 24 jam DSAI mengumumkan calon PKR untuk bertanding di kawasan DUN Penanti , Pemuda PAS Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh beria-ia ingin meletakkan calon dari parti mereka. Dengan membuat andaian Penanti merupakan kubu kuat PAS mereka sekali lagi menimbulkan kontroversi ala murahan sedangkan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak akan meletakkan calon di sana.

Apabila melihat keadaan ini berlaku, rakyat tentu tertanya-tanya apakah terdapat perpecahan di dalam Pakatan Rakyat? Sedangkan mereka bernaung bersama-sama. Sebahagian dari kita yang masih celik amat maklum bahawasanya tujuan dan visi setiap lambang yang bernaung di dalam Pakatan Rakyat adalah berlainan dan mereka hanya bertujuan untuk mempergunakan dan dipergunakan sesama mereka untuk naik ke tampuk paling tertinggi dalam negara. Adakah sekarang masanya untuk mereka memperlihatkan kepincangan dalam parti sesama parti?

TIDAK sama sekali. Matlamat mereka belum tercapai.

Ingatkah anda semua pada setiap kali Pilihan Raya Kecil pasti akan kedengaran segerombolan rakyat keluar dari parti mereka dan mengutuk perjuangan parti tersebut. Dan ia selalu terjadi setiap kali adanya Pilihanraya Kecil. Inilah gimik murahan yang ditawarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar BN merasakan peluang mereka adalah cerah untuk memenangi kerusi-kerusi yang menanti. Akhirnya kita melihat BN tewas jua di tangan pembangkang walaupun mereka telah sedaya upaya ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.

UMNO / BN seharusnya tidak leka dan terpengaruh dengan isu isu terkini yang secara terang-terangan menunjukkan kepincangan dalaman mereka kerana perkara ini adalah perancangan teliti dari mereka. Seolah-olah kita sedang menonton lakonan / sandiwara mantap mereka dan pelakon-pelakon pula dibarisi oleh pelakon yang sama dan muka yang lama.

Monday, April 20, 2009

Wajarkah?

Jika diadakan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Penanti, Pulau Pinang. Mungkin ia menelan belanja yang mahal untuk semua kos-kos yang terlibat. Baik di pihak Kerajaan mahupun Pembangkang.

Adalah lebih baik tidak diadakan PRK Penanti. Tetapi jika hal tersebut berlaku, adakah Kerajaan BN akan dilihat mengambil langkah bijak cuba mengimbangi keadaan ekonomi negara ataupun Kerajaan akan dilihat sebagai Kerajaan yang penakut kerana bimbang jika pisang berbuah 2 3 4 kali lagi.

Setujukah anda jika UMNO / BN tidak bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Penanti, Pulau Pinang? Mengapa?

Thursday, April 16, 2009

Harapan Rakyat


Sejarah sekali lagi terukir apabila Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan Kabinet Malaysia terbaru di bawah kepimpinan beliau.

Rata-rata rakyat berpendapat barisan Kabinet kali ini adalah 'Kabinet Rakyat' yang mana kita sebagai rakyat mengharapkan barisan Kabinet Malaysia kali ini mampu memberikan khidmat yang paling terbaik pada rakyat Malaysia khususnya.

Tentu sekali kita mengharapkan khidmat yang diberikan bukan sahaja meninggalkan nama pada mereka malahan memberi impak yang terbaik kepada rakyat sekaligus menarik semula minat dan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan.KPI turut di perkenalkan agar Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memantau kualiti dan cara kerja barisan kabinet barunya.

Mungkin kita boleh gelarkan barisan Kabinet kali ini adalah barisan Kabinet yang suka membuat kejutan pada rakyat sebagai contoh hari pertama Datuk Seri Najib Tun Razak menjawatan jawatan sebagai Perdana Menteri. Kita lihat beliau telah turun di 3 kawasan utama rakyat berbilang bangsa iaitu di Brickfields, Kerinchi dan Petaling Street.

Kemudian diikuti pula dengan lawatan mengejut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
di Pekan Rabu, Alor Setar.

Rakyat suka dengan pendekatan lawatan mengejut oleh pemimpin kerana bagi rakyat inilah peluang mereka beramah mesra dengan pemimpin negara tanpa protokol. Sekaligus ia mendekatkan lagi rakyat kepada pemimpin dan Kerajaan.


Selamat Maju Jaya buat Barisan Kabinet 2009.
Satu Malaysia!





Monday, April 13, 2009

UMNO &TUJUAN

FASAL 1
NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation)

FASAL 2
COGANKATA UMNO IALAH

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

FASAL 4
JENIS AHLI

Ahli-ahli UMNO adalah dua jenis:
- Ahli Biasa
- Ahli Bergabung

Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas.

Ahli Bergabung ialah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

Friday, April 10, 2009

Seloka Pandai Pak Pandir

SELOKA sebagai puisi lama Melayu yang dicipta oleh masyarakat dahulu melatari ragam bentuk dan warna suasana masyarakat Melayu ketika itu di samping untuk dijadikan tauladan kepada generasi akan datang.

Lantaran itu, fahamilah Seloka Pak Pandir sebagai panduan atas kesilapan yang telah berlaku dalam situasi semasa bangsa Malaysia.

Anak dipijak dagang dijunjung,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut disuap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan dihujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, ia berbunga,
Orang berbuah , ia tidak,
Gelagak orang mantai:
Tegak sama bangun,
Orang melapah, ia melapah,
Orang mencucuk, ia mencucuk,
Orang menjinjing, ia tidak,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.

(dipetik dari Puisi Melayu Tradisi, 1985 – hlm. 181)

BARISAN KABINET 2009

Berikut merupakan barisan kepimpinan baru Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut mendapat reaksi positif mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-Timbalan Menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri Kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri Kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri Kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri Luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Tuesday, April 7, 2009

Blogger UMNO Malaysia

Tujuan diwujudkan blog ini adalah :

1- Mengumpul ahli-ahli blogger yg terdiri daripada ahli UMNO

2- Berkongsi maklumat-maklumat terkini sesama ahli

3- Mengeratkan hubungan ahli-ahli UMNO

4- Mengulas isu politik terkini tanah air

5- Menangkis tohmahan nista dari puak pembangkang

6- Memulihkan imej UMNO yg kian tercemar

7- Memberikan perkembangan aktiviti semasa pemimpin UMNO