Friday, April 10, 2009

Seloka Pandai Pak Pandir

SELOKA sebagai puisi lama Melayu yang dicipta oleh masyarakat dahulu melatari ragam bentuk dan warna suasana masyarakat Melayu ketika itu di samping untuk dijadikan tauladan kepada generasi akan datang.

Lantaran itu, fahamilah Seloka Pak Pandir sebagai panduan atas kesilapan yang telah berlaku dalam situasi semasa bangsa Malaysia.

Anak dipijak dagang dijunjung,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut disuap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan dihujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, ia berbunga,
Orang berbuah , ia tidak,
Gelagak orang mantai:
Tegak sama bangun,
Orang melapah, ia melapah,
Orang mencucuk, ia mencucuk,
Orang menjinjing, ia tidak,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.

(dipetik dari Puisi Melayu Tradisi, 1985 – hlm. 181)

15 comments:

  1. TERUSKAN USAHA MURNI ANDA!

    BLOGGERS HARU BERSATU MENENTANG KEJAHILAN FUCKATAN RIOT!

    ReplyDelete
  2. Insyallah Parpu Kari

    Apa yang penting orang Melayu seperti kita kena sama-sama bersatu menentang kejahilan 'Fuckatan Riot'.

    ReplyDelete
  3. Bagi masyarakat beradat mereka menjadikan ayam, sirih dan serai sebagai sumber aspirasi dalam menjana keseimbangan hidup kerana disebut dalam perbilangannya:


    Penakik pisau seraut
    ambil galah batang lintabung
    seludangnya buatkan nyiru
    setitik jadikan laut
    sekepal jadikan gunung
    alam terbentang jadikan guru.

    sama2lah kita realisasikan.

    ReplyDelete
  4. Saya sokong! (ewah, macam mesyuarat agung kelab kompang lak.. hehe!)

    ReplyDelete
  5. Ketuanan Melayu mati.

    Jangan terkejut kalau kita didepankan dengan kenyataan Tanah Melayu - Ketuanan Cina? Kenapa kita perlu gusar - kenapa kita perlu menganggap itu satu kenyataan berbau perkauman - kenapa kita katakan ini adalah satu usaha menghasut? Apakah kita tidak pernah sedar bahawa ketuanan harus datang dengan kuasa dan kuasa dalam negara ini adalah satu komoditi yang boleh diniagakan lantas memberi satu indikasi yang kukuh bahawa kuasa hadir dari pegangan ekonomi yang kukuh dan pemilikan yang padu - yang mampu membentuk satu ketuanan. Apakah ini bukan realiti kehidupan dan apakah kenyataan ini berbentuk hasutan.

    Apakah salah kalau dikatakan bahawa kedudukan kepentingan bisnes syarikat tersenarai Malaysia di BSKL Melayu / Bumiputera Cuma menguasai 18.7 peratus, yang selainnya dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan Melayu? Apakah pemilikan equiti oleh bangsa lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina? Tidak sedarkah kita bahawa pegangan majoriti perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba? Apakah salah akhirnya kita secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu - Ketuanan Cina?

    Hari ini kita digesa berjuang - melawan entah siapa - bertanding dan bersaing dengan entah siapa? Kita hanya diberitahu Melayu Dalam Bahaya. Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita perlu berjuang ,kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada.
    Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa ¬menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia. Mereka berhak menjaga kebajikkan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh ¬sungguh, memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting lagi mereka tahu membezakan antara isu dengan falsafah politik. Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan

    ekonomi yang sedia terbentuk mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna - dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.
    Kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana !

    Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum - kaum lain. Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri.

    Salah siapa?

    Apa sebenarnya sedang berlaku. Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh Melayu sendiri. Siapa dan mengapa?

    UNGKU AZIZ: Orang Melayu mesti merasakan rasuah itu sebagai satu dosa. Tetapi masalahnya orang tidak lagi rasa berdosa sehingga ia menjadi lumrah dan orang tidak lagi sedar dia rasuah.

    "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di an tara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)". (AI Baqarah: 188):

    Rasulullah saw bersabda:
    'pemberi; rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka'.
    (Hadis riwayat al- Thabrani)

    bolehlah di simpulkan ia adalah salah kita(masyarakat melayu), kerana terlalu dhaif untuk menilai dalam memilih/menentukan pemimpin.

    bak kata bidalan melayu

    "Kalau mencari tempat mandi
    petama teluk kedua pantai
    kalau mencari pemimpin negeri
    pertama elok kedua pandai"

    ciri yang pertama ialah elok iaitu elok akhlaknya.

    cermin-cermikan pemimpin melayu kini.

    Apakah mereka layak untuk menjadi pemimpin MELAYU ?

    marilah kita fikir-fikirkan.

    kita singkirkan pemimpin melayu munafik.
    jika tidak orang melayu akan menghadapi masa depan yang suram

    ReplyDelete
  6. Tahniah dan syabas bloggerumno.
    Ini adalah salah satu diantara methodology baru didalam environment politik baru yang kita tidak mampu ketinggalan.Tugas semua ahli UMNO membawa berita kebenaran dalam memperbetulkan dakyah fitnah dan kepalsuan yang sedang digunapakai dengan berkesan oleh penipu rakyat. Gerakan memfitnah dan mengadu-domba bermaharajalela tanpa mengira dosa kerana mereka percaya bahawa itu sahaja cara yang boleh menghakis keutuhan UMNO dan perpaduan rakyat.

    ReplyDelete
  7. SALAM ZIARAH
    ALHAMDULLILAH AKHIRNYA ADA JUGA DI KALANGAN AHLI UMNO YG BERANI TAMPIL DGN IDEA SEBEGINI SUPAYA RAMAI BLOGGER2 TAK KIRA WLUPN MEREKA DR KALANGAN RAKYAT BIASA ATAU AHLI2 UMNO SENDIRI.

    SY PASTI APABILA KITA BERSATUPADU, SEMAKIN KUAT DAN SEMAKIN MARAK LAH SEMANGAT PERJUANGAN KITA DEMI UTK RAKYAT DAN NEGARA

    KITA TANAMKAN POHON JATI
    SEKERAS AKAR, SEMAKIN KENTAL
    WAIMA DASAR TANAH YG KERAS SEKALIPUN
    AKAR BISA MENYELUSURI
    BEGITU JUGA KITA
    PANTANG BERUNDUR DLM BERTEMPUR

    ReplyDelete
  8. Syabas untuk ADMIN...teruskan perjuangan Melayu, perjawatan kami menyebabkan penglibatan kami warga kerajaan di dalam politik agak terhad, tetapi kami akan tetap menyokong dan terus berjuang!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Syabas juga untuk admin..

    Saya amat berbesar hati di atas kewujudan umno blogger di alam maya.

    Tapi tolonglah!!! Tolong jangan jadikan BPN iaitu blogger pembela negara sebagai ranting umno. Kebanyakkan ahli BPN mempunyai bloger yang kuat mencarut!! Kita tak mahu lagi pendekatan sebegini ( mencarut,maki hamun,biaq pi lah pr saja yang buat ) untuk menarik minat orang muda menyertai umno.

    Lagi satu!!!

    Please...Tolong...

    Jangan letak link atau lambang BPN di sini...

    Hidup Islam,Hidup UMNO

    ReplyDelete
  11. Tahniah,

    Walaupun terlambat tetapi ADA.

    ReplyDelete
  12. UMNO dah nak rebah camner nak bangunkan semula. Rasanya tak jadi joint UMNO

    ReplyDelete
  13. UMNO TIDAK BERKUASA

    http://warisantamar.blogspot.com/2009/04/umno-tidak-berkuasa.html

    ReplyDelete
  14. thanks....sem0ga perjuangan "alam maya" ini dpt mmbuka mata semua...i will supp0rt...

    ReplyDelete
  15. Perjuangan yg ikhlas akan mendapat buah yg ranum tetapi perjuangan yg beralas hanya quyup yg menanti di penghujung usia. UMNO tak bersalah tetapi org2 yg mengendalikannya perlu bertanggungjawab. Jgn salahkan akar umbi klu akar umbi berubah arah.

    ReplyDelete