Tuesday, June 23, 2009

KERAJAAN ..pErPaDUan..


Pemimpin Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan yg ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP) semalam menolak bulat-bulat idea penubuhan Kerajaan Perpaduan UMNO & PAS.

Pakatan menyifatkan idea itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta disifatkan tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang. Sedangkan idea penubuhan Kerajaan Perpaduan mula diutarakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada UMNO.

Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan disambut baik oleh UMNO namun sebaliknya ada di antara ahli PAS tidak berminat dengan idea tersebut termasuklah Datuk Nik Aziz Nik Mat yang membangkang sekeras-kerasnya idea Presiden PAS M'sia.

Pada pendapat anda semua, adakah PAS benar-benar ikhlas mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO sebelum perbincangan dan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat dikeluarkan semalam?

Dan,

Adakah tindakan PAS ingin mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO disebabkan rasa kecewa dengan PKR & DAP yg dilihat tidak sehaluan dengan prinsip perjuangan asal Pakatan spt dilaungkan sebelum pilihanraya 12 lepas?

6 comments:

  1. pas dah termakan racun dsai,sbb tu abdul hadi buat keputusan utk ttup perbincangan kerajaan perpaduan ni..

    anakmelayu30.blogspot.com support bro...

    ReplyDelete
  2. Pas tak ikhlas memperjuangkan Islam.Mereka pentingkan kuasa dan wang.Mmg ularmak Pas sgt dasyat dalam menipu dan memutarbelitkan fakta sosial dan ugama.Mereka adalah pemecahbelah masyarakat no 1 di asia.Parti Pas perlu di BUBARKAN.

    ReplyDelete
  3. Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
    ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

    "Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

    Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

    Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

    Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

    Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

    Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

    "Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

    Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

    Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

    Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

    Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

    "Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

    Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

    "Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

    Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

    "Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

    Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

    "Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.
    Dipetik dari Malaysia Insider

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Idea Hadi Awang tu mmg baik sekali. Tp sayangnya keputusan parti dibuat oleh pimpinan parti lain..

    Tahap : BONGOK TAK BERTEMPAT

    Kesian PAS terpaksa ikot telunjuk org lain. Elok dibubarkan saje PAS utk kepentingan bangsa, agama dan negara hehe..

    ReplyDelete
  5. salam;

    Biasanya yang pelik tidak dapat menerima hakikat dialah diantara yang pelik.

    Apa tidaknya tidak pernah kita mengajak islam berkompromi dengan musuh Islam,tetapi si baqal ni mengajak Islam berkompromi dengan kapiaq harbi.

    Apakah ini tidak pelik...Bertaraf ust pula tu...menyeru orang islam menyertai kumpulan kapiaq? Allahuakbar tersesatkah Utz dari Kedah ni.

    wassallam.

    ReplyDelete
  6. bila dah nak rebah baru cari PAS tapi bila kelantan jatuh kat PAS,sapa yg siang mlm dok hentam kelantan MCA,MIC,PPP or parti dayak etc ?

    ka kelantan tu org cina yg perintah.....

    ReplyDelete